Tata Cara Sholat Khauf (Sholat disaat Perang)


SOLAT KHAUF : Yaitu Solat dalam keadaan ketakutan disebabkan peperangan dan sebagainya. Solat khauf itu disyari’atkan bagi umat Muhammad hingga hari Qiamat. Setelah ditinggalkan Rasulullah (S.A.W.) para sahabat juga menjalankan solat khauf, kerana adanya sebab yang tetap, maka dapat dilaksanakan sebagaimana solat Qasar. Solat ini boleh berlaku dalam tiga keadaan dengan cara yang berbeza-beza.

Imam Ahmad mengatakan terdapat 6 atau 7 hadis yang memuatkan kaedah ‎melakukan solat khauf ini. Ibnu Qayyim pula mengatakan pada dasarnya ‎terdapat 6 cara, tapi oleh sebhgn ulama’ dibuat lebih banyak lagi.‎
1. MUSUH BERADA BUKAN DI ARAH KIBLAT

Jika demikian imam hendaklah membahagikan pasukannya menjadi dua bahagian, sebahagian berdiri menghadapi musuh dan sebahagian lain berdiri di belakang imam, kemudian imam mengimami bahagian yang ada di belakangnya satu rakaat, kemudian bahagian yang ada di belakang imam itu menyempurnakan solatnya secara mufaraqah dan setelah selesai lalu pergi menggantikan bahagian orang menghadap musuh, dan bahagian yang digantikan mereka itu lalu datang dan bermakmum kepada imam dan imam solat satu rakaat mengimami bahagian yang baru datang itu, sebelum Imam salam lalu bahagian ini menyempurnakan solatnya sendirian sementara Imam menunggu selepas tahiyyatnya untuk salam bersama bahagian yang kedua ini.
Kedudukan masalah ini ialah tatkala musuh berada di selain arah kiblat, sekira-kira kita tidak dapat melihat musuh di dalam solat, dan tidak selamat dari serangan musuh ketika di dalam solat itu, dan bilangan kaum muslimin banyak sekira-kira setiap kelompok muslimin mampu menahan serangan musuh.
Apabila demikian keadaannya, maka satu kelompok muslimin hendaknya menghadapi musuh, dan sekelompok yang lain supaya undur sekira-kira tidak terkena panahan atau tembakan musuh, lalu Imam memulakan solat dengan mengimani kelompok yang tidak berperang itu satu rakaat.
Apabila imam telah berdiri pada rakaat yang kedua, maka kaum muslimin yang bermakmum terlebih dahulu itu keluar dari mengikuti imam dengan niat mufaraqah (berpisah), (jika tidak niat mufaraqah, maka batal solatnya). Kemudian apabila telah memisahkan diri (mufaraqah), maka mereka menyempurnakan solatnya sendirian meghabiskan rakaat yang kedua dan tasyahhud lalu salam dan berangkat menghadapi musuh; dan kelompok muslimin yang menghadapi musuh lalu datang bermakmum kepada imam yang menunggu atau memanjangkan pada rakaat yang kedua. Jika mereka telah sempat menyusul, maka Imam meneruskan solat untuk rakaat yang kedua.
Kemudian apabila imam telah duduk tasyahhud, maka kelompok muslimin yang bermakmum itu bangun berdiri dan menyempurnakan rakaat yang kedua, dan imam menunggu pada tasyahhud. Jika kelompok makmum yang kedua itu telah menyusul tasyahhud, lalu imam salam bersama-sama makmum itu.
Solat dengan kaifiyah yang demikian itu adalah solat yang di­laksanakan oleh Rasulullah (S.A.W.) dalam Perang Dzatir Riqak, sebagai­mana yang diriwayatkan oleh lmam Bukhari dan lmam Muslim dari riwayat Sahal.
Dzatir Riqak adalah suatu tempat di negeri Najd. Perang itu dinama­kan Dzatir Riqak sebab peperangan itu berlangsung di bawah pepohonan yang bernama Dzatir Riqak. Ada yang mengatakan bahawa kerana kaum muslimin membalut tetapak kakinya dengan kain pembalut, kerana telapak kaki mereka berpecah-pecah. Ta’lil yang kedua itulah yang shahih, kerana ta’lil yang kedua itu telah tetap di dalam Hadits sahih.
Dari Soleh bin Khawwat dari Sahl bin Khaitsamah, katanya, “Nabi SAW ‎berbaris dengan satu kelompok lainnya menghadapi musuh. Beliau ‎bersembahyang bersama kelompok pertama itu serakaat dan tetap berdiri. ‎Kelompok itu menyelesaikan sendirinya solatnya lalu pergi menghadapi musuh, ‎lalu datanglah kelompok kedua yang bersembahyang serakaat bersama beliau ‎‎– bagi Nabi saw merupakan rakat kedua- Beliau tetap saja duduk menunggu ‎mereka menyelesaikan solatnya, kemudian beliau memberi salam dengan ‎mereka bersama2.”[diriwayatkan oleh Jamaah kecuali Ibnu Majah]‎
Dari Ibnu Umar ra katanya, “Rasulullah saw bersembahyang dengan salah satu ‎dari dua kelompok satu rakaat, sedang kelompok lainnya menghadapi musuh. ‎Kemudian kelompok pertama pergi menggantikan kelompok kedua untuk ‎menghadapi musuh, sementara kelompok kedua ini datang bersembahyang ‎dengan Nabi saw serakaat, lalu beliau memberi salam dan kedua kelompok itu ‎masing2 menyelesaikan serakaat lagi.”[Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan ‎Muslim]‎
Dari Ibnu Mas’ud katanya, “Kemudian imam memberi salam dan mereka –yakni ‎kelompok kedua- berdiri dan menyelesaikan serakaat lagi, kemudian memberi ‎salam.”‎
IMAM BERSEMBAHYANG DENGAN KEDUA2 KELOMPOK 2 RAKAAT‎
Dari Jabir ra katanya, “Nabi saw bersembahyang dengan sekelompok ‎sahabatnya dua rakaat, lalu bersembahyang lagi dengan kelompok yang lain ‎dua rakaat, kemudian beliau memberi salam.”[Hadis riwayat Syafi’I dan ‎Nasa’I]‎
Dari Jabir ra katanya, “Nabi saw melakukan solat khauf bersama kami. Beliau ‎bersembahyang dengan sebahagian sahabatnya dua rakaat lalu memberi ‎salam, dan jamaah inipun undur. Lalu sahabat2 lain maju ke muka dan ‎beliaupun bersembahyang dengan mereka dua rakaat lagi kemudian memberi ‎salam. Jadi Nabi saw bersembahyang 4 rakaat, sedang jamaah itu masing-‎masing 2 rakaat.”[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa’I]‎
Dari Jabir ra juga katanya, “Kami ikut bersama Nabi saw dalam peperangan ‎Dzatur Riqa’. Solat dibacakan qamatnya. Beliau bersembahyang dengan satu ‎kelompok dua rakaat, lalu mereka ini undur kebelakang. Kemudian beliau ‎bersembahyang dengan kelompok yang lain 2 rakaat pla. Maka solat Nabi saw ‎adalah 4 rakaat, sedang kedua kelompok masing-masing 2 rakaat.”‎
2. MUSUH BERADA ARAH KIBLAT 

 Imam hendaklah mengatur para muslimin menjadi dua barisan, imam bertakbiratul-ihram bersama seluruh kaum muslimin, lalu seluruh kaum muslimin ini solat bersama imam hingga pada i’tidal dari rukuk rakaat yang pertama, kemudian ketika imam sujud, maka salah satu barisan muslimin sujud bersama, sama ada barisan yang pertama ataupun yang kedua. Yang demikian itu adalah mazhah yang sahih. Dalam hal ini tidak ditentukan barisan yang manakah yang harus berjaga-jaga.
Kemudian apabila imam dan orang-orang yang sujud bersamanya telah bangun ke rakaat yang kedua, barisan yang satunya lagi sujud dan menyusuli imam. Imam membaca Al-Fatihah bersama-sama kaum muslimin dan rukuk bersama sekaliannya. Apabila imam i’tidal dari rukuk, barisan yang sujud pada rakaat yang pertama menjaga musuh dan barisan yang lainnya pula sujud bersama imam. Apabila barisan yang sujud bersama imam telah mengangkat kepalanya, barisan yang berjaga-jaga lalu sujud.
Yang demikian itu adalah solat Rasulullah (S.A.W.) di tanah ‘Asfan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lain-lainnya, walaupun di dalam riwayat lmam Muslim ada keterangan bahawa barisan yang berdampingan dengan imam itu yang sujud terlebih dahulu dan barisan yang lainnya tetap berdiri menghadapi musuh.
Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan bahawa untuk melaksanakan solat dengan cara seperti itu diperlukan tiga syarat:
1. Musuh harus berada di arah kiblat.
2. Musuh harus berada di atas gunung atau di tanah datar dan tidak ada sesuatu yang menghalangi penglihatan kaum muslimin
3. Jumlah kaum muslimin harus banyak yang dapat dibahagi dua, bahagian yang
satunya sujud dan bahagian yang lain berjaga.
Ketahuilah, seandainya imam mengatur mereka menjadi beberapa saf, hal itu boleh; demikian pula apabila sebahagian dari barisan itu berjaga, juga boleh.
Dalil Dari Hadits Dari Jabi ra katanya, “Saya ikut solat Khauf bersama Rasulullah saw. Barisan ‎kami dibahagi 2, dan kedua2nya berdiri di belakang beliau, sedang musuh ‎berada di depan di arah kiblat. Nabi saw membaca takbir dan kamipun takbir ‎pula, beliau ruku’ dan kamipun ruku’, beliau I’tidal kami pun I’tidal pula. Ketika ‎beliau sujud, maka saf yang di muka (pertama) ikut sujud, sedang (saf) di ‎belakang tetap berdiri menghadap musuh. Setelah Nabi saw selesai sujud ‎dengan saf pertama, maka turunlah saf kedua untuk melakukan sujud lalu ‎kembali berdiri. Kemudian saf yang di belakang maju ke depan dan saf yang di ‎depan undur kebelakang. Lalu Nabi saw ruku’ dan kamipun ruku’ pula, beliau ‎mengangkat kepala, kamipun mengangkat kepala. Lalu apabila beliau sujud, ‎maka saf yang didepan yang diwaktu rakaat pertama saf di belakang ‎mengikutinya sujud, sedang saf yang kedua menghadapi musuh. Dan setelah ‎Nabi saw selesai sujud dengan saf pertama, maka sujudlah pula saf kedua, ‎kemudian beliau memberi salam dan kamipun sama-sama memberi salam ‎pula.”[Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Nasa’I, Ubn Majah dan Baihaqi]‎
KEDUA-DUA KELOMPOK SAMA-SAMA SOLAT DENGAN IMAM‎
Dari Abi Hurairah ra katanya, “Saya ikut melakukan solat Khauf bersama ‎Rasulullah saw pada peperangan di Najad. Beliau hendak solat asar, maka ‎berdirilah beliau dengan satu kelompok sedang kelompok lain menghadapi ‎musuh dengan punggung mereka menghadap kiblat. Beliau membaca takbir dan ‎seluruhnya –yakni yang sedang bermakmum dan sedang menghadapi musuh- ‎turut bertakbir pula, lalu melakukan solat satu rakaat bersama kelompok di ‎saf pertama serta sujud bersama mereka, sedang kelompok lain sedang ‎berdiri menghadapi musuh. Setelah berdiri kembali, kelompok yang telah ‎mendapatkan satu rakaat itu pergi menghadapi musuh menggantikan kawan-‎kawannya. Lalu kelompok yang digantikan itu kemudian sujud sedang ‎Rasulullah saw tetap berdiri. Lalu mereka berdiri untuk rakaat kedua, dan ‎setelah itu Nabi memimpin mereka ruku’ sujud sampai duduk. Kelompok yang ‎pertama pun datang lalu ruku’ dan sujud sendiri-sendiri. Setelah mereka ‎duduk, maka Nabi saw memberi salam diikuti oleh mereka. Jadi Rasulullah saw ‎bersembahayng 2 rakaat dan masing-masing kelompok juga 2 rakaat.”[Hadis ‎riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa’I]‎
SOLAT IMAM 2 RAKAAT MANAKALA MAKMUM SATU RAKAAT
Dari Ibnu Abbas katanya, “Nabi saw bersembahang dalam peperangan Dzi ‎Qird. Orang-orang berbaris dibelakang beliau dua saf, Satu saf dibelakang ‎beliau dan satu saf menghadapi musuh. Beliau bersembahyang dengan saf di ‎belakangnya itu satu rakaat, lalu saf yang sudah bersembahyang ini pergi ‎mengantikan yang belum. Yang digantikan ini melakukan solat dengan Nabi saw ‎satu rakaat dan tidak menambahi lagi.”[Hadis Riwayat an-Nasa’i]‎
Dari ibnu Abbas juga katanya, “Allah mewajibkan solat atas Nabi saw di ‎waktu menetap 4 rakaat, diwaktu berpergian 2 rakaat dan di waktu perang ‎satu rakaat.” [Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Nasa’i]‎
Dari Tsalabah bin Zahdan katanya, “Kami ikut dengan Sa’id bin Ash di ‎Thabristan, lalu tanyanya, “Siapakah di antaramu yang pernah sembahyang ‎Khauf bersama Rasulullah saw?” Hudzaifah menjawab, “Saya!” Iapun ‎bersembahyang dengan satu golongan satu rakaat dan dengan golongan lain ‎serakaat pula dan masing-masing mereka tidak menambahnya lagi.” [Hadis ‎riwayat Abu Daud dan Nasa’i]‎
3. SOLAT DALAM KEADAAN GAWAT 

Tatkala para muslimin dalam keadaan yang sangat takut dan dalam berkecamuknya peperangan, dengan musuh menyerang dari segenap penjuru, baik depan maupun belakang, kiri ataupun kanan, sedangkan waktu solat semakin hampir habis, maka orang yang solat boleh dilakukan sekira-kira mampu, baik secara berjalan kaki atau naik kenderaan, baik menghadap kiblat ataupun tidak menghadap kiblat.
Jika waktu solat hampir tamat maka hendaklah solat sebagaimana ‎keadaan yang ada. Tidak perlu mengadap kiblat dan tidak perlu sujud dan ‎ruku’. Memadai dengan isyarat kepala. Cuma hendaklah ketika isyarat sujud, ‎hendaklah lebih rendah dari isyarat ruku’. Ini berdasarkan hadis dari Ibnu ‎Umar riwayat Imam Bukhari. Ini sama juga ketika mengejar atau dikejar ‎musuh. Perlu juga diketahui, kaedah khauf juga boleh dilakukan dalam ‎sebarang keadaan yang memerlukannya seperti terperangkap dalam banjir ‎atau kebakaran. Kerana solat itu wajib.‎
Cara ini adalah dinamakan Solat Syiddatul Khauf (dalam keadaan yang sangat takut). Apabila datang sangat ketakutan dan tidak mungkin dapat membahagi pasukan muslimin kerana banyaknya musuh, atau yang seumpamanya dan berkecamuknya peperangan, jadi seandainya sedang naik kenderaan tidak dapat turun, dan seandainya sedang berjalan kaki tidak dapat berbelok, maka para muslimin boleh melakukan solat dengan berjalan kaki ataupun naik kendaraan, menghadap kiblat ataupun tidak, sambil berlari, merangkak atau meniarap. Allah Ta’ala berfirman:
“]ika kamu sekalian dalam ketakutan, kamu sekalian boleh solat dengan berjalan kaki atau naik kendaraan.” (Al-Baqarah: 239)
Ibnu ‘Umar r.a. berkata bahawa baik menghadap kiblat ataupun tidak. Demikian juga erti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dan Nafik, iaitu hamba merdeka dari lbnu ‘Umar r.a. Nafik mengatakan: “Aku meng­i’tikadkan bahawa lbnu ‘Umar tentu menyebutkan yang demikian itu dari Nabi Muhammad (S.A.W.)”
Al-Mawardi mengatakan bahawa perkataan Ibnu ‘Umar itu diriwayat­kan oleh Imam Syafi’i dengan sanad dari Nabi Muhammad (S.A.W.). Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan: Para muslimin solat sedapat­-dapatnya dan tidak boleh mengakhirkan solat dan waktunya. Para muslimin

0 Comments:

Post a Comment