Tata Cara Shalat
Istikharah
Tata cara solat
istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang
berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun
setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat
sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.
Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat
ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal
Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang
sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah
dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah
dan surah Al-ikhlas
Selepas salam,
bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa
sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah
s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan
namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai
solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma inni astakhiiruka
bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa
innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul
ghuyuub.
Allaahumma inkunta
ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati
amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma
baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa
ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni
‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli
syai-in qadiir
Artinya:-
“Ya Allah, aku
memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan
yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha
Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah
hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang
tersembunyi.
Ya Allah, jika hal
ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada
kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku
kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam
ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa
akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang,
jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau
takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap
sesuatu.
0 Comments:
Subscribe to:
Posting Komentar (Atom)