SOLAT KHAUF : Yaitu Solat dalam
keadaan ketakutan disebabkan peperangan dan sebagainya. Solat khauf itu
disyari’atkan bagi umat Muhammad hingga hari Qiamat. Setelah
ditinggalkan Rasulullah (S.A.W.) para sahabat juga menjalankan solat
khauf, kerana adanya sebab yang tetap, maka dapat dilaksanakan
sebagaimana solat Qasar. Solat ini boleh berlaku dalam tiga keadaan
dengan cara yang berbeza-beza.
Imam Ahmad mengatakan terdapat 6 atau 7
hadis yang memuatkan kaedah melakukan solat khauf ini. Ibnu Qayyim pula
mengatakan pada dasarnya terdapat 6 cara, tapi oleh sebhgn ulama’
dibuat lebih banyak lagi.
1. MUSUH BERADA BUKAN DI ARAH KIBLAT
Jika
demikian imam hendaklah membahagikan pasukannya menjadi dua bahagian,
sebahagian berdiri menghadapi musuh dan sebahagian lain berdiri di
belakang imam, kemudian imam mengimami bahagian yang ada di belakangnya
satu rakaat, kemudian bahagian yang ada di belakang imam itu
menyempurnakan solatnya secara mufaraqah dan setelah selesai lalu pergi
menggantikan bahagian orang menghadap musuh, dan bahagian yang
digantikan mereka itu lalu datang dan bermakmum kepada imam dan imam
solat satu rakaat mengimami bahagian yang baru datang itu, sebelum Imam
salam lalu bahagian ini menyempurnakan solatnya sendirian sementara Imam
menunggu selepas tahiyyatnya untuk salam bersama bahagian yang kedua
ini.
Kedudukan masalah ini ialah tatkala musuh berada di selain arah
kiblat, sekira-kira kita tidak dapat melihat musuh di dalam solat, dan
tidak selamat dari serangan musuh ketika di dalam solat itu, dan
bilangan kaum muslimin banyak sekira-kira setiap kelompok muslimin mampu
menahan serangan musuh.
Apabila demikian keadaannya, maka satu
kelompok muslimin hendaknya menghadapi musuh, dan sekelompok yang lain
supaya undur sekira-kira tidak terkena panahan atau tembakan musuh, lalu
Imam memulakan solat dengan mengimani kelompok yang tidak berperang itu
satu rakaat.
Apabila imam telah berdiri pada rakaat yang kedua, maka
kaum muslimin yang bermakmum terlebih dahulu itu keluar dari mengikuti
imam dengan niat mufaraqah (berpisah), (jika tidak niat mufaraqah, maka
batal solatnya). Kemudian apabila telah memisahkan diri (mufaraqah),
maka mereka menyempurnakan solatnya sendirian meghabiskan rakaat yang
kedua dan tasyahhud lalu salam dan berangkat menghadapi musuh; dan
kelompok muslimin yang menghadapi musuh lalu datang bermakmum kepada
imam yang menunggu atau memanjangkan pada rakaat yang kedua. Jika mereka
telah sempat menyusul, maka Imam meneruskan solat untuk rakaat yang
kedua.
Kemudian apabila imam telah duduk tasyahhud, maka kelompok
muslimin yang bermakmum itu bangun berdiri dan menyempurnakan rakaat
yang kedua, dan imam menunggu pada tasyahhud. Jika kelompok makmum yang
kedua itu telah menyusul tasyahhud, lalu imam salam bersama-sama makmum
itu.
Solat dengan kaifiyah yang demikian itu adalah solat yang
dilaksanakan oleh Rasulullah (S.A.W.) dalam Perang Dzatir Riqak,
sebagaimana yang diriwayatkan oleh lmam Bukhari dan lmam Muslim dari
riwayat Sahal.
Dzatir Riqak adalah suatu tempat di negeri Najd.
Perang itu dinamakan Dzatir Riqak sebab peperangan itu berlangsung di
bawah pepohonan yang bernama Dzatir Riqak. Ada yang mengatakan bahawa
kerana kaum muslimin membalut tetapak kakinya dengan kain pembalut,
kerana telapak kaki mereka berpecah-pecah. Ta’lil yang kedua itulah yang
shahih, kerana ta’lil yang kedua itu telah tetap di dalam Hadits sahih.
Dari
Soleh bin Khawwat dari Sahl bin Khaitsamah, katanya, “Nabi SAW
berbaris dengan satu kelompok lainnya menghadapi musuh. Beliau
bersembahyang bersama kelompok pertama itu serakaat dan tetap berdiri.
Kelompok itu menyelesaikan sendirinya solatnya lalu pergi menghadapi
musuh, lalu datanglah kelompok kedua yang bersembahyang serakaat
bersama beliau – bagi Nabi saw merupakan rakat kedua- Beliau tetap
saja duduk menunggu mereka menyelesaikan solatnya, kemudian beliau
memberi salam dengan mereka bersama2.”[diriwayatkan oleh Jamaah kecuali
Ibnu Majah]
Dari Ibnu Umar ra katanya, “Rasulullah saw
bersembahyang dengan salah satu dari dua kelompok satu rakaat, sedang
kelompok lainnya menghadapi musuh. Kemudian kelompok pertama pergi
menggantikan kelompok kedua untuk menghadapi musuh, sementara kelompok
kedua ini datang bersembahyang dengan Nabi saw serakaat, lalu beliau
memberi salam dan kedua kelompok itu masing2 menyelesaikan serakaat
lagi.”[Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim]
Dari Ibnu Mas’ud
katanya, “Kemudian imam memberi salam dan mereka –yakni kelompok kedua-
berdiri dan menyelesaikan serakaat lagi, kemudian memberi salam.”
IMAM BERSEMBAHYANG DENGAN KEDUA2 KELOMPOK 2 RAKAAT
Dari
Jabir ra katanya, “Nabi saw bersembahyang dengan sekelompok sahabatnya
dua rakaat, lalu bersembahyang lagi dengan kelompok yang lain dua
rakaat, kemudian beliau memberi salam.”[Hadis riwayat Syafi’I dan
Nasa’I]
Dari Jabir ra katanya, “Nabi saw melakukan solat khauf
bersama kami. Beliau bersembahyang dengan sebahagian sahabatnya dua
rakaat lalu memberi salam, dan jamaah inipun undur. Lalu sahabat2 lain
maju ke muka dan beliaupun bersembahyang dengan mereka dua rakaat lagi
kemudian memberi salam. Jadi Nabi saw bersembahyang 4 rakaat, sedang
jamaah itu masing-masing 2 rakaat.”[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Nasa’I]
Dari Jabir ra juga katanya, “Kami ikut bersama Nabi saw
dalam peperangan Dzatur Riqa’. Solat dibacakan qamatnya. Beliau
bersembahyang dengan satu kelompok dua rakaat, lalu mereka ini undur
kebelakang. Kemudian beliau bersembahyang dengan kelompok yang lain 2
rakaat pla. Maka solat Nabi saw adalah 4 rakaat, sedang kedua kelompok
masing-masing 2 rakaat.”
2. MUSUH BERADA ARAH KIBLAT
Imam
hendaklah mengatur para muslimin menjadi dua barisan, imam
bertakbiratul-ihram bersama seluruh kaum muslimin, lalu seluruh kaum
muslimin ini solat bersama imam hingga pada i’tidal dari rukuk rakaat
yang pertama, kemudian ketika imam sujud, maka salah satu barisan
muslimin sujud bersama, sama ada barisan yang pertama ataupun yang
kedua. Yang demikian itu adalah mazhah yang sahih. Dalam hal ini tidak
ditentukan barisan yang manakah yang harus berjaga-jaga.
Kemudian
apabila imam dan orang-orang yang sujud bersamanya telah bangun ke
rakaat yang kedua, barisan yang satunya lagi sujud dan menyusuli imam.
Imam membaca Al-Fatihah bersama-sama kaum muslimin dan rukuk bersama
sekaliannya. Apabila imam i’tidal dari rukuk, barisan yang sujud pada
rakaat yang pertama menjaga musuh dan barisan yang lainnya pula sujud
bersama imam. Apabila barisan yang sujud bersama imam telah mengangkat
kepalanya, barisan yang berjaga-jaga lalu sujud.
Yang demikian itu
adalah solat Rasulullah (S.A.W.) di tanah ‘Asfan, sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Abu Daud dan lain-lainnya, walaupun di dalam riwayat
lmam Muslim ada keterangan bahawa barisan yang berdampingan dengan imam
itu yang sujud terlebih dahulu dan barisan yang lainnya tetap berdiri
menghadapi musuh.
Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan bahawa untuk melaksanakan solat dengan cara seperti itu diperlukan tiga syarat:
1. Musuh harus berada di arah kiblat.
2. Musuh harus berada di atas gunung atau di tanah datar dan tidak ada sesuatu yang menghalangi penglihatan kaum muslimin
3. Jumlah kaum muslimin harus banyak yang dapat dibahagi dua, bahagian yang
satunya sujud dan bahagian yang lain berjaga.
Ketahuilah,
seandainya imam mengatur mereka menjadi beberapa saf, hal itu boleh;
demikian pula apabila sebahagian dari barisan itu berjaga, juga boleh.
Dalil Dari Hadits Dari
Jabi ra katanya, “Saya ikut solat Khauf bersama Rasulullah saw. Barisan
kami dibahagi 2, dan kedua2nya berdiri di belakang beliau, sedang
musuh berada di depan di arah kiblat. Nabi saw membaca takbir dan
kamipun takbir pula, beliau ruku’ dan kamipun ruku’, beliau I’tidal
kami pun I’tidal pula. Ketika beliau sujud, maka saf yang di muka
(pertama) ikut sujud, sedang (saf) di belakang tetap berdiri menghadap
musuh. Setelah Nabi saw selesai sujud dengan saf pertama, maka turunlah
saf kedua untuk melakukan sujud lalu kembali berdiri. Kemudian saf
yang di belakang maju ke depan dan saf yang di depan undur kebelakang.
Lalu Nabi saw ruku’ dan kamipun ruku’ pula, beliau mengangkat kepala,
kamipun mengangkat kepala. Lalu apabila beliau sujud, maka saf yang
didepan yang diwaktu rakaat pertama saf di belakang mengikutinya sujud,
sedang saf yang kedua menghadapi musuh. Dan setelah Nabi saw selesai
sujud dengan saf pertama, maka sujudlah pula saf kedua, kemudian beliau
memberi salam dan kamipun sama-sama memberi salam pula.”[Hadis riwayat
Ahmad, Muslim, Nasa’I, Ubn Majah dan Baihaqi]
KEDUA-DUA KELOMPOK SAMA-SAMA SOLAT DENGAN IMAM
Dari
Abi Hurairah ra katanya, “Saya ikut melakukan solat Khauf bersama
Rasulullah saw pada peperangan di Najad. Beliau hendak solat asar, maka
berdirilah beliau dengan satu kelompok sedang kelompok lain menghadapi
musuh dengan punggung mereka menghadap kiblat. Beliau membaca takbir
dan seluruhnya –yakni yang sedang bermakmum dan sedang menghadapi
musuh- turut bertakbir pula, lalu melakukan solat satu rakaat bersama
kelompok di saf pertama serta sujud bersama mereka, sedang kelompok
lain sedang berdiri menghadapi musuh. Setelah berdiri kembali, kelompok
yang telah mendapatkan satu rakaat itu pergi menghadapi musuh
menggantikan kawan-kawannya. Lalu kelompok yang digantikan itu kemudian
sujud sedang Rasulullah saw tetap berdiri. Lalu mereka berdiri untuk
rakaat kedua, dan setelah itu Nabi memimpin mereka ruku’ sujud sampai
duduk. Kelompok yang pertama pun datang lalu ruku’ dan sujud
sendiri-sendiri. Setelah mereka duduk, maka Nabi saw memberi salam
diikuti oleh mereka. Jadi Rasulullah saw bersembahayng 2 rakaat dan
masing-masing kelompok juga 2 rakaat.”[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud
dan Nasa’I]
SOLAT IMAM 2 RAKAAT MANAKALA MAKMUM SATU RAKAAT
Dari
Ibnu Abbas katanya, “Nabi saw bersembahang dalam peperangan Dzi Qird.
Orang-orang berbaris dibelakang beliau dua saf, Satu saf dibelakang
beliau dan satu saf menghadapi musuh. Beliau bersembahyang dengan saf
di belakangnya itu satu rakaat, lalu saf yang sudah bersembahyang ini
pergi mengantikan yang belum. Yang digantikan ini melakukan solat
dengan Nabi saw satu rakaat dan tidak menambahi lagi.”[Hadis Riwayat
an-Nasa’i]
Dari ibnu Abbas juga katanya, “Allah mewajibkan solat
atas Nabi saw di waktu menetap 4 rakaat, diwaktu berpergian 2 rakaat
dan di waktu perang satu rakaat.” [Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu
Daud dan Nasa’i]
Dari Tsalabah bin Zahdan katanya, “Kami ikut dengan
Sa’id bin Ash di Thabristan, lalu tanyanya, “Siapakah di antaramu yang
pernah sembahyang Khauf bersama Rasulullah saw?” Hudzaifah menjawab,
“Saya!” Iapun bersembahyang dengan satu golongan satu rakaat dan dengan
golongan lain serakaat pula dan masing-masing mereka tidak menambahnya
lagi.” [Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i]
3. SOLAT DALAM KEADAAN GAWAT
Tatkala
para muslimin dalam keadaan yang sangat takut dan dalam berkecamuknya
peperangan, dengan musuh menyerang dari segenap penjuru, baik depan
maupun belakang, kiri ataupun kanan, sedangkan waktu solat semakin
hampir habis, maka orang yang solat boleh dilakukan sekira-kira mampu,
baik secara berjalan kaki atau naik kenderaan, baik menghadap kiblat
ataupun tidak menghadap kiblat.
Jika waktu solat hampir tamat maka
hendaklah solat sebagaimana keadaan yang ada. Tidak perlu mengadap
kiblat dan tidak perlu sujud dan ruku’. Memadai dengan isyarat kepala.
Cuma hendaklah ketika isyarat sujud, hendaklah lebih rendah dari
isyarat ruku’. Ini berdasarkan hadis dari Ibnu Umar riwayat Imam
Bukhari. Ini sama juga ketika mengejar atau dikejar musuh. Perlu juga
diketahui, kaedah khauf juga boleh dilakukan dalam sebarang keadaan
yang memerlukannya seperti terperangkap dalam banjir atau kebakaran.
Kerana solat itu wajib.
Cara ini adalah dinamakan Solat Syiddatul Khauf (dalam
keadaan yang sangat takut). Apabila datang sangat ketakutan dan tidak
mungkin dapat membahagi pasukan muslimin kerana banyaknya musuh, atau
yang seumpamanya dan berkecamuknya peperangan, jadi seandainya sedang
naik kenderaan tidak dapat turun, dan seandainya sedang berjalan kaki
tidak dapat berbelok, maka para muslimin boleh melakukan solat dengan
berjalan kaki ataupun naik kendaraan, menghadap kiblat ataupun tidak,
sambil berlari, merangkak atau meniarap. Allah Ta’ala berfirman:
“]ika kamu sekalian dalam ketakutan, kamu sekalian boleh solat dengan berjalan kaki atau naik kendaraan.” (Al-Baqarah: 239)
Ibnu
‘Umar r.a. berkata bahawa baik menghadap kiblat ataupun tidak. Demikian
juga erti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dan Nafik, iaitu hamba
merdeka dari lbnu ‘Umar r.a. Nafik mengatakan: “Aku mengi’tikadkan
bahawa lbnu ‘Umar tentu menyebutkan yang demikian itu dari Nabi Muhammad
(S.A.W.)”
Al-Mawardi mengatakan bahawa perkataan Ibnu ‘Umar itu
diriwayatkan oleh Imam Syafi’i dengan sanad dari Nabi Muhammad
(S.A.W.). Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan: Para muslimin solat
sedapat-dapatnya dan tidak boleh mengakhirkan solat dan waktunya. Para
muslimin
0 Comments:
Subscribe to:
Posting Komentar (Atom)